Minggu ini , CIKs Perintang nak kongsi sikit mengenai jenis-jenis Perintang..mari sama-sama kita belajar ye.. ^^
Perintang terbahagi kepada dua (2)jenis iaitu, Perintang Boleh Laras dan
juga Perintang Tetap. Dimana kedua- dua fungsi perintang ini
masih lagi sama cuma jenis sahaja yang berlainan.
Perintang Tetap
Sepertimana yang kita ketahui, perintang tetap bermaksud perintang
yang tidak boleh diubah nilainya. Namun begitu, faktor-faktor sekeliling memainkan peranan yang penting dalam menjadi
penyebab perubahan nilai pada perintang.
Antara faktor yang memainkan peranan dalam peubahan nilai perintang
ialah:
1 Faktor Peubahan Suhu
2 Faktor Bahan Asas Perintang
3 Faktor Arus Yang Mengalir Dalam Perintang
Antara contoh Perintang Tetap ialah:
- Perintang Komposisi Karbon
- Perintang Wayar Berlilit
- Perintang Saput Karbon
- Perintang Saput Logam
- Perintang Saput Simen
Perintang Boleh Laras
Perintang yang boleh diubah nilainya mengikut kehendak pengguna.
Selain itu, terdapat termistor dan varistor. Perintang ini berubah nilai
rintangannya mengikut perubahan suhu dan voltan.
Perintang yang boleh diubah nilainya mengikut kehendak pengguna.
Selain itu, terdapat termistor dan varistor. Perintang ini berubah nilai
rintangannya mengikut perubahan suhu dan voltan.
Antara jenis-jenis Perintang Boleh Laras ialah :
- Reostat
- Potentiometer
- Praset
- Termistor
- Varistor
OK Rumusan yang CIKs boleh bagi untuk perkogsian kali ini mengenai konsep Perintang Boleh Laras ialah:
- Nilai diubah antara titik 1 & 2 atau 2 & 3.
- Poin 1 & 3 nilai tetap.
- Digunakan sebagai kawalan ‘volume’ , ‘trebble’ dan lain-lain.
- Larasan samada jenis putar atau luncur.
- Selalu rosak apabila kotor atau haus.